Smart Coco A+

Salam 1 Malaysia. Saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan khasiat Smart Coco A+ ini. Saya mempunyai enam orang anak dan semuanya sedang menuntut dari Tahun 1 hinggalah Tingkatan 5 telah menggunakan produk ini secara berterusan. Tiga orang anak saya akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini. Sejak Ogos 2009 hingga kini menggunakannya, saya dapati kesan perubahan yang amat menakjubkan di mana anak-anak saya yang sebelum ini selalu menimbulkan masalah keluar malam, suka bermain, malas mengaji dan menyiapkan kerja rumah, sekarang ini tanpa disuruh mereka rajin mengulangkaji di rumah, bangun jam 4 pagi untuk mengulangkaji, solat berjamaah, cuci dan menggosok pakaian sekolah sendiri. Amat berdikari.

Puan Zaiyana, Pekan

Anak saya kemalangan dan mengalami gegaran otak, saya dinasihatkan kawan mencuba minum SMARTCOCO A+. Alhamdulillah, sekarang anak saya sudah fokus dan boleh buat apa yang disuruh serta boleh menumpukan dengan penuh perhatian ketika belajar di kuliah. Ini adalah suatu keajaiban kurniaan Allah. Pada bulan Ramadhan lepas, saya minum SMARTCOCO A+ dan Jus ALKHAIRA setiap hari. Alhamdulillah, saya tidak berasa terlalu lapar dan masih bertenaga bekerja di pejabat. Seperkara lagi, umur saya sudah 48 tahun dan mengalami kedatangan haid tidak teratur. Alhamdulillah, Jus ALKHAIRA telah membantu perjalanan haid teratur kembali pulih seperti sediakala. Ini sesuatu yang sangat memeranjatkan saya dan saya syorkan kepada anda mencubanya.

Puan Hajjah Norila Norlidah, Jasin, Melaka

Setelah mendengar cerita khasiat SMARTCOCO A+ dan Jus ALKHAIRA dari Radio IKIM, saya telah membelinya untuk kebaikan anak-anak saya. Alhamdulillah, anak saya dalam darjah 1, didapati ada perubahan dari segi kecergasan, peningkatan pelajaran dan sudah boleh berpuasa tanpa lapar dahaga. Anak saya berumur 1 tahun 10 bulan pula sudah boleh berkata-kata. Menakjubkan! Suami saya pula pengidap asma. Alhamdulillah, sekarang penyakitnya berkurangan.

Puan Hamidah, Melaka

Setelah beri ketiga tiga anaknya smartcoco ni selama seminggu, beliau dapati anaknya sekarang senang untuk dikejutkan dari tidur kalau dulu bukan main payah dan liat nak bangun tidur. Seperkara lagi, anaknya suka menyanyi tapi selalu lupa lirik tapi sekarang dah hafal lirik. Anak anaknya juga nampak cergas tak malas kalau disuruh belajar.

Puan Azimah, Bangunan SUK, Shah Alam

Anak saya, Amran berumur 15 tahun, agak lemah dalam banyak matapelajarannya kerana susah untuk menumpukan perhatian dalam kelas, juga ketika melakukan ulangkaji. Kadangkala dia mendapat F atau D dalam beberapa peperiksaannya. Saya agak susah hati terhadap perkembangannya kerana pada masa itu, peperiksaan PMR nya sudah hampir tiba. Kami tidak berputus asa. 2 bulan sebelum PMR, saya berikan 2 sachet minuman Smart Coco A+, pagi & petang. Alhamdullillah, dia mula dapat menumpukan perhatian pada ulangkaji. Syukur, pada peperiksaan PMR yang lepas, anak saya telah mendapat 8A. Kami  sangat gembira dengan keputusannya. Sekarang, dia minum Smart Coco A+ setiap hari & lebih bersemangat belajar dan berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.

Puan Norlia, Seberang Prai

Saya adalah seorang pekerjas di sebuah syarikat swasta. Mungkin kerana faktor umur, dan terlalu banyak masaalah yang saya fikirkan samada masaalah peribadi atau kerja, serta tanggungjawab yang banyak, saya sering merasa tertekan,stress serta terlupa dan selalu tidak dapat menjalankan kerja dengan baik. Boss sering menegur saya kerana banyak melakukan kesilapan dan kerja saya tidak siap. Saya merasa risau dengan keadaan ini. Mujur ada kawan saya yang mengesyorkan Smart Coco A+. Setelah saya ambil sehari 2 bungkus untuk selama beberapa minggu, saya merasakan kerja mula menjadi lebih mudah dan kurang stress. Saya dapat fokus kepada kerja dan keluarga dengan lebih baik. Kerja berjalan lebih lancar dan saya menjadi lebih tenang. Malah Boss mula memuji kerja saya. Saya gembira dengan perubahan terbaru ini.

Puan Alina, Kuala Lumpur

Saya telah memberi anak saya tingkatan 1 smartcoco setelah diperkenalkan oleh adik saya. Saya telah memberi smartcoco ini satu peket pagi dan satu peket petang selama hampir 2 bulan. Saya tidak nampak perbezaan yang ketara setelah memberi smartcoco ini selama hampir 2 bulan. Tetapi apa yang memeranjatkan saya ialah baru baru ini, anak saya telah membawa balik kad lapuran dari sekolah dan mendapati anak saya telah mendapat nombor 2 dalam peperiksaan kelas yang selalunya anak saya mendapat nombor belas belas. Saya sangat berterima kasih kepada smartcoco dan akan terus memberi anak saya minum smartcoco.

Puan Zaiton, Jalan Kelang Lama, Selangor

Tahun ini anak saya Amin akan menduduki peperiksaan UPSR, saya risau akan kemajuan pelajarannya. Sikapnya yang malas membuatkan saya mencari jalan bagaimana untuk mengatasinya. Saya terbaca di akhbar mengenai product smartcoco ini. Saya pun mencubanya dengan memberi anak saya smartcoco ini satu peket pagi dan satu peket petang. Selepas 3 hari meminumnya, saya dapati anak saya asyik mengantuk je. Saya mula risau akan hal ini. Tapi saya teruskan juga beri anak saya minum smartcoco ini kerana En Akmar yang menjual ini kata akan ada tindak balas dan jangan risau. Lepas tu saya nampak perbezaan anak saya iaitu dia mula tumpu pada pelajarannya, sehinggakan cikgu sekolahnya bertanya kenapa sikapnya tiba tiba bertukar dengan memberi tumpuan yang penuh semasa guru mengajar di kelas. Anak saya juga mengalami kerap kencing malam, sekarang anak saya tidak lagi kencing malam. Perangainya juga telah jauh berubah serta tidak terlalu nakal lagi. Anak saya yang mengambil PMR tahun ini pun saya beri minum smartcoco dan saya juga nampak perbezaannya. Syukur alhamdulilah saya terus bagi anak anak saya minum smartcoco ini.

Puan Salmah, Petaling Jaya

Saya mengalami kekurangan daya ingatan dan selalu lupa. Bila saya minum smartcoco ini satu peket pagi dan satu peket petang, saya dapati dalam beberapa hari saya rasa macam malas dan mengantuk dan selepas itu saya rasa otak saya macam vcd di putar balik. Sekarang saya dah boleh mengingati sedikit demi sedikit walaupun bukan kesemuanya tetapi ia membantu saya untuk mengingati sebahagian yang saya lupa. Apa yang penting ialah smartcoco ini kena minum secara berterusan supaya ia meningkatkan lagi daya ingatan saya. Terima kasih smartcoco.

En Nizam, Eksekutif Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur

Beberapa bulan yang lalu, saya telah membeli satu mesin yang dapat menggoncangkan badan dengan kuat  kononnya untuk menguruskan badan. Setelah melakukan excercise sebanyak 3 kali sehari dengan goncangan yang kuat untuk menghilangkan lemak, saya masih tidak menghilangkan walau seinci tetapi sebaliknya saya merasa pening dan mata saya berpinar-pinar. Selepas itu saya terasa seperti orang yang kehilangan memory atau 'memory loss' dan suka terlupa walaupun perkara itu baru saja berlalu. Mujur ada Smart Coco A+. Saya telah mengambilnya 2 sachet sehari. Selepas seminggu memory saya telah mula pulih kembali sedikit demi sedikit dan selepas sebulan mula pulih seperti sediakala. Alhamdullillah, saya akan terus mengambil Smart Coco A+ setiap hari untuk lebih meningkatkan ingatan saya. Dan terpaksa meninggalkan penggunaan mesin yang merosakkan diri itu.

Puan Ida, Pulau Pinang

Saya dan anak perempuan saya telah membeli Smart Coco A+ sebagai minuman harian kami. Pada 3 hari pertama kami meminumnya, kami mendapat selsema dan bersin tanpa berhenti. Kami tertanya2 kenapa begitu jadinya. Selepas 3 hari, selsema kami telah berhenti dengan sendiri, dan kepala kami juga terasa ringan. Rupanya itu itu tindak balas terhadap kami yang mempunyai resdung. Kami berasa gembira kerana Smart Coco A+ bukan saja telah membuatkan ingatan kami menjadi lebih baik, tetapi juga telah menghilangkan penyakit resdung yang telah lama kami tanggung. Terima kasih Smart Coco A+!

Puan Sarilah, Permatang Pauh

Saya adalah seorang pelajar Tingkatan 4. Selepas sebulan saya mengambil Smart Coco A+, lebih 50% jerawat yang penuh di muka saya telah berkurangan tanpa saya memakai ubat yang lain. Ramai kawan2 saya berasa hairan apa yang telah saya lakukan kerana muka saya menjadi lebih licin. Di kelas juga ada peningkatan markah dalam peperiksaan saya. Saya berasa gembira kerana dengan mengambil Smart Coco A+, bukan saja saya lebih fokus dan daya ingatan saya lebih meningkat, tetapi jerawat di muka saya telah berkurangan seperti 2 dalam 1. Saya merasa gembira. Terima Kasih Smart Coco A+!!

Azimi, 16 tahun, MRSM

Anak saya akan menduduki UPSR tahun ini. Saya risau dengan prestasi pelajarannya yang selalu mendapat merah, terutamanya Matematik. Saya berikhtiar dengan menghantarnya ke tuisyen, di samping memberinya minuman Smart Coco A+ ini. Alhamdullillah, setelah mengambil 3-4 kotak Smart Coco A+ sebanyak 2 bungkus  sehari, prestasinya mula meningkat kerana katanya dia dapat fokus dan faham serta mengingati ajaran cikgu di dalam kelas dan tuisyen. Keputusannya meningkat ke C sekarang. Saya terus memberinya minuman Smart Coco A+ ini dan yakin prestasinya akan terus meningkat kerana masa masih panjang untuknya belajar sehingga ke peringkat Universiti, itulah harapan saya bersama Smart Coco A+

En Daud, Johor Bahru

Saya mengalami sakit kaki dan lutut yang agak memeritkan. Malah tapak kaki saya akan turut sakit ketika berdiri dan berjalan. Bertugas sebagai guru memerlukan aktiviti berdiri dan berjalan menambah keperitan tersebut. Setelah mendengar segmen tajaan SmartCoco di IKIM.fm saya mencuba 2 paket, iaitu pagi dan petang, setiap hari. Malah suami saya juga mencuba. 2 hari selepas minum, saya mengalami keperitan di bahagian peha hngga kaki slama 2 hari. Namun, Alhamdulillah kini saya selesa bekerja dan melakukan aktiviti harian. Malah, bangun pagi kami cukup segar. Syukur pada Allah dan terima kasih SmartCoco.

Puan Umi, Sungai Besar

Cucu saya berumur 6 tahun. Tidak lancar bercakap dan lambat membaca. Setelah ibunya memberi minuman SMARTCOCO A+ selama beberapa minggu, perkembangan mindanya nampak ketara, dan dia sudah boleh membaca dan memahami bacaan dengan lebih lancar dan cepat. Syukur Alhamdullillah dengan perkembangan ini. Terimakasih SMARTCOCO A+!!

Datin Zaharah, Alor Setar, Kedah

Alhamdullillah, selepas beberapa minggu mengambil SMARTCOCO A+, saya berasa lebih fokus dalam pekerjaan saya sebagai seorang doktor pakar bedah. Malah saya berasa segar dan lebih aktif sekarang dalam melakukan tugas saya. Pada bulan Ramadhan yang lepas, saya dapat melakukan solat tarawikh saya dengan lebih kusyuk dan dapat menghabiskan semua rakaat dengan lebih baik kerana saya berasa kurang letih berbanding dengan beberapa tahun lepas di mana saya kadangkala berasa sangat berat menghabiskan solat tarawikh. Saya telah mengesyorkan kepada rakan sekerja saya yang lain, iaitu para doktor, para jururawat dan atendan. Ramai di antara mereka juga sukakan SMARTCOCO A+ dan merasakan efek yang sama bila meminumnya. Bagi anak-anak saya pula, mereka suka meminum SMARTCOCO A+ dan sekarang lebih baik fokus dan ingatan dalam pelajaran. Malah mereka dapat melakukan latihan yang lebih advanced misalnya yang didarjah 2 dapat melakukan latihan darjah 3 dan 4. Dalam Kumon pula anak saya mendapat pelajar terbaik seluruh Malaysia. Alhamduliah saya berasa bersyukur dan gembira. Kami sekeluarga akan terus mengambil Smart Coco A+.

Dr Azrin, Pakar Bedah

Anak saudara saya, Aidil, sudah berumur 3 tahun+. Tetapi masih tidak dapat bercakap dan hanya suka menghisap jarinya. Setelah mengambil SMARTCOCO A+ selama 2 minggu, beliau sudah mula bercakap malah menjadi begitu ramah!!! Percakapannya pun menjadi bertambah lancar dan perkembangan mindanya pun bertambah baik. Ibunya sangat gembira dengan perningkatan ini. Terima Kasih kepada SMARTCOCO A+.

Puan Narizan, Kemaman, Terengganu

Anak saya mengalami masaalah lambat memahami terutamanya dalam pelajaran dan percakapan yang selalu tersangkut-sangkut dan tersekat-sekat. Beliau meminati sukan bolasepak tetapi tidak dapat menyebut nama pemain bolasepak dunia seperti dari England, Italy dll. Setelah lama mencuba berbagai produk dan banyak berhabis duit berubatkan anak saya ini, dia masih begitu juga. Saya dan ibunya hampir putus harapan, tetapi pada suatu hari, saya terdengar dari rancangan radio tentang produk SMARTCOCO A+. Sebagai ikhtiar, saya terus dapatkan produk yang harganya sungguh berpatutan, untuk diberikan pada anak saya. Anak saya menyukai produk SMARTCOCO A+ ini kerana rasanya yang sungguh sedap, dan mudah di ambil. Alhamdullillah, dengan formulasi produk yang istimewa ini, percakapannya menjadi semakin lancar dan kurang tersangkut lagi. Didalam kelas pun dia telah lebih cepat memahami ajaran guru dan ada peningkatan dalam pelajarannya. Masalahnya ini dapat di atasi hanya dengan mengambil hampir 2 kotak SMARTCOCO A+!!! Dan yang paling menggembirakan saya, sekarang dia dapat menyebut nama semua pemain bolasepak dunia dengan betul !!! Saya sangat terharu dan bersyukur kerana dipertemukan dengan SMARTCOCO A+. Hanya dengan mengambil minuman yang simple tetapi mujarab ini, masalah anak saya yang bertahun-tahun telah dapat di atasi kurang dari 2 minggu. Terima kasih SMARTCOCO A+. Kami sekeluarga akan terus meminumnya dan memberitahu semua rakan-rakan dan saudara-mara tentang kebaikannya.

Encik Mansor, Klang

Selepas saya mencuba produk keluaran Fortune Resources ini, Alhamdulillah ada kesannya terutama dari segi tenaga, ingatan dan dapat melancarkan proses peredaran darah, saya juga memberi produk ini kepada kedua-dua anak saya dan Alhamdulillah ada peningkatan dari segi pelajaran, sekarang cikgu kelas mereka memberitahu bahawa anak saya dapat fokus dan memberi sepenuh tumpuan apabila guru mengajar di dalam kelas, dari segi pemakanan dulu kedua-dua

Saya telah menggunakan produk dari Fortune Resources iaitu Jus AlKhaira dan Smart Coco untuk kegunaan keluarga saya terutama anak-anak saya. Anak saya yang pertama kerap mengalami sakit perut, selepas anak saya mengamalkan kedua-dua produk Fortune Resources ini, Alhamdulillah perut anak saya sudah tidak mengalami sakit lagi dan dari segi pelajaran anak-anak saya sekarang pun Alhamdulillah semakin meningkat dan mereka lebih fokus semasa berada di dalam kelas.

 

Anak lelaki saya yang berumur 5 tahun sudah boleh mengaji dan membaca Yasin setiap kali selepas menunaikan solat setelah mengambil kedua-dua produk ini dan ini adalah satu keajaiban bagi saya sekeluarga. Alhamdulillah kami bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana tanpa pertolongan dari ALLAH S.W.T dan Fortune Resources ini, kami sekeluarga tidak dapat keajaiban seperti ini.

 

Bagi diri saya sendiri, selepas menggunakan kedua-dua produk dari Fortune Resources ini saya dapat merasakan tahap imaginasi saya bagus dan saya cepat ingat apa yang saya hendak sampaikan kepada student saya dan sakit sendi dan lenguh-lenguh anggota badan pun Alhamdulillah sudah tidak rasa lagi.

 

Ibu saya menghidap darah tinggi, selepas saya memberi kedua-dua produk ini untuk ibu saya cuba, Alhamdulillah berkesan dan darah tinggi ibu saya dah kembali stabil dan dapat membantu ibu saya dari segi fizikal dan imunisasi badan ibu saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Aida Murni merupakan pengasas Fortune Resources dan saya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana tanpa bantuanNYA, saya mungkin tidak dapat dengan apa yang saya ada sekarang terutama dari segi kesihatan.

Puan Nor, Melaka

anak saya sehari makan nasi 3 kali tapi sekarang selepas mengambil produk ini mereka tidak berasa lapar sangat dan sehari mereka makan nasi 1 kali sahaja. Anak saya memberitahu saya sendiri selepas mereka makan Smart Coco mereka berasa cergas dan tidak berasa lapar sangat seperti sebelum ini. Bagi saya sendiri, produk ini terutamanya Jus AlKhaira dapat memberi kekuatan dan semangat di dalam diri saya terutamanya dari segi pekerjaan, saya kerap pergi outstation dari pagi sampai malam, Alhamdulillah selepas saya mencuba Jus AlKhaira ini, saya tidak berasa sakit atau lenguh badan malahan saya berasa cergas dan tidak berasa letih seperti sebelum ini.

 

Selain itu, berat badan saya pun turun sebanyak 3kg, saya pun hairan sebab produk ini bukan untuk menurunkan berat badan tetapi selepas saya menggunakan kedua-dua produk ini, berat badan pun boleh berkurangan.

 

Jus AlKhaira ini juga bagus untuk wanita yang datang haid yang tak menentu kerana ia juga boleh memproses kitaran haid dengan betul, bagi wanita yang baru sudah bersalin juga bagus menggunakan Jus AlKhaira kerana ia dapat membantu dari segi kesihatan dan memberi kekuatan atau semangat kepada kaum ibu yang baru sudah bersalin dan dapat memproses pengedaran darah dengan lancar serta baikpulih segala luka dengan lebih cepat dan InsyaALLAH dapat menghindari dari sebarang penyakit.

Puan Liza, Melaka

10  sebab saya sekeluarga memilih Smartcoco dan Al-Khaira sebagai minuman harian.
1. Kerana rasanya yg lazat, tidak terlalu pekat ataupun terlalu manis. Tidak terasa jemu walaupun mengambilnya sehingga 3 peket sehari (Smartcoco).
2. Setelah hanya 3 hari mengamalkan Smartcoco, kulit saya terasa lebih lembut dan anjal.
3. Masalah tumit kaki yg mudah kering dan pecah telah hampir tiada.
4. Masalah resdung yg sebelum ini menyebabkan hidung tersumbat, mata menjadi panas dan berair, juga telah jelas berkurangan.
5. Tiada lagi masalah migraine, sakit pinggang atau simptom2 yg menganggu sebelum atau semasa haid.
6. Masalah eczema yg hidapi oleh anak2 juga telah tiada.
7. Dengkuran anak2 ketika tidur (disebabkan oleh masalah tonsil) tidak lagi kedengaran. Tidur mereka lebih nyenyak dan tiada lagi rungutan untuk bangun di awal pagi.
8. Peningkatan dan ketajaman daya ingatan dan kecerdasan anak2 mengkagumkan saya.
9. Minuman Smartcoco memberikan saya ketenangan terutamanya apabila saya berasa tegang, tertekan atau stress.
10.Nilai untuk wang. Pengambilan Smartcoco dan Jus A-Khaira memberi banyak manfaat kepada kesihatan saya dan keluarga. Saya mendapat nilai untuk wang saya…

Nor Aini Haron, Masjid Tanah

Anak saya menyukai smartcoco A+ dan saya dapati dia semakin yakin dan berani bila berhadapan dengan orang ramai.

 

Noris

Badan semakin ringan dan bertenaga membuat kerja seharian, tidur lebih nyenyak dan Alhamdulillah bunyi dengkuran semasa tidur semakin berkurangan.  Saya harap tekanan darah tinggi saya pun ok tetapi terkini saya belum lagi pergi membuat pemeriksaan doktor.

 

Suria

Saya mendapati badan lebih bertenaga dan tumpuan saya semakin kuat.  Alhamdulillah.

Noris

Anak saya yang berumur 3 tahun sebelum ini air liurnya sentiasa keluar bila dia melakukan sesuatu perkara dengan tekun.  Sekarang semenjak minum smartcoco A+ dan jus, nampak ada perubahan di mana dia mampu mengawal air liurnya.  Saya pula mendapati berat badan saya ada perubahan dan lebih bertenaga serta agak lawas bila membuang air.

Roslinawati

Penyakit resdung semakin berkurangan, badan semakin bertenaga dan mendapat tidur yang lebih nyenyak.  Anak perempuan saya nampak lebih cergas dan mula menunjukkan sikap yang positif seperti suka mencuba sesuatu perkara yang ditontonnya di dalam TVIQ.

Suhailah

Saya mula mengambil smartcocoA+ untuk anak saya yang berumur 17 tahun.  Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara ialah di sekolah dia tidak mengantuk lagi dan tumpuannya semakin baik.

Noraini

Saya mengamalkan meminumsmartcocoA+ dan jus Al-Khaira semasa mengandung.  Alhamdulillah saya bertenaga dan sihat melakukan kerja harian.

Zalina

Kami sekeluarga mengamalkan minuman smartcocoA+ dan jus Al-Khaira dan saya dapati kami semakin cergas, perjalanan darah lancar dan lebih berkeyakinan.

Asiah

Hanya dengan sesudu jus Al-Khaira batuk saya berkurangan dan tekak terasa agak selesa. Rasa smartcocoA+ pula sedap dan saya lebih bertenaga.

Azlin

pertama kali menggunakan produk smartcoco dan jus al khaira,saya  telah dapat kesan yang amat memberangsangkan.

 

Untuk diri saya sendiri, saya rasa lebih bertenaga, mudah bangun pagi, tidur yang nyenyak dan minum jus pula tekanan darah tinggi saya terkawal, kebas-kebas tangan hilang  serta melancarkan perjalanan haid yang teratur.

 

Suami saya pula adalah pengidap asma tetapi sekarang beliau tidak lagi menggunakan inhaler dan lendir yang banyak keluar setiap kali beliau batuk. Badannya terasa lebih bertenaga dan cergas. Alhamdulillah. Selain itu, kesan penggunaan pada anak-anak saya:

 

Anak Pertama (Athirah):

Sebelum meminum jus al-khaira dan smartcocoA+, dia mengalami selsema dan bersin yang teruk di waktu pagi, kurang tumpuan pada arahan yang diberikan. Sejak pengambilan smartcoco A+ dan jus Al-khaira yang berterusan, saya nampak telah ada perubahan. Tiada lagi bersin di waktu pagi dan dia nampak lebih ceria dan cergas.

 

Anak Kedua (Hakim): Hakim pula merupakan pengidap sinus di mana hidungnya tidak boleh disentuh kerana sakit tetapi setelah meminum kedua-duanya, alhamdulillah ada perubahan dan yang lebih ketara ialah dia mula ada keyakinan yang tinggi iaitu sebelum ini dia pernah dibuli disekolah. Tetapi baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa dia telah dipanggil ke bilik kaunselor kerana telah bertindakbalas terhadap budak yang telah pernah membulinya.

 

Anak Ketiga (Aliyya): Aliyya pula sebelum ini agak pemalu dan dia akan membuat kerenah waktu bangun tidur kerana tidurnya yang sentiasa terganggu. Alhamdulillah, dia nampak sangat cergas, peramah dan rajin membantu kerja-kerja di rumah.

 

Anak Keempat (Qayyum): Anak yang keempat ini pula, sebelum meminum smartcocoA+ dan jus al-khaira memang mula belajar bercakap. Tetapi produk ini telah membuatkan dia lebih petah dan sangat aktif. Senang menguruskannya dan amat peramah.

 

Kesimpulannya, kami sekeluarga amat menyukai dan amat gembira dengan kesan perubahan yang dialami oleh kami sekeluarga.

Puan Hamidah, Masjid Tanah

Smart Coco membantu mengekalkan tenaga utk kerja harian dan Al Khaira menjaga kesihatan dalaman untuk kaum wanita. Batuk dan sakit kaki yang dialami telah berkurangan. Penyakit ulser mulut telah berkurangan dan telah mula berani makan makanan pedas. Tidur saya menjadi lebih nyenyak dan senang bangun tepat waktu Subuh. Kerja harian lebih bertenaga setiap hari. Berat badan telah berkurangan secara semulajadi kerana kadar metabolisma telah meningkat dan kadar perpeluhan telah bertambah. Kulit muka yang berjeragat dan kulit badan menjadi lebih halus.

 

Kesan langsung kepada anak sulung saya Muhammad Haziq Irfan adalah bangun dengan cergas setiap pagi. Tahap kendiri telah bertambah dan mudah bergaul dengan kawan-kawan di sekolah. Dia dapat menumpukan pelajaran dan berani bertanya pada guru-guru di sekolah dan pelajaran sekolah pagi dan sekolah agama jaim telah meningkat dari 2a ke 4a. Hafazan ayat ayat lazim dan surah yasin dihafalkan dengan lancar walaupun masih dalam darjah 1.                      

Anak kedua saya muhammad luqman haqeem telah menjadi lebih ceria di sekolah dan tidak rasa malas lagi ke tadika lagi. Seperti abang, luqman telah berani mengangkat muka apabila bercakap dengan guru dan rakan-rakan di tadika. Sifat pemalu dan tidak pandai bergaul dengan kawan-kawan perempuan (saya tiada anak perempuan) telah dapat diatasi. Luqman gemar menyanyi nasyid, berzikir dan menghafal surah yassin sehingga ayat 35 dan bakal habiskan seluruh surah pada tahun hadapan, insyaallah.

 

Suami saya ahmad zafi lebih bertenaga ke tempat kerja dan memandu lama tiada masalah lagi kepadanya. Tiada lagi komen penat dan letih apabila balik daripada outstation. Ukur lilit pinggang pun dah berkurangan menyebabkan semua bertambah sayang. Mata pun bertambah terang dan silau semasa memandu telah berkurangan.

Puan Hasliza, Bukit Baru, Melaka

Saya berumur 66 tahun dan rasa sakit lutut yang dialami sebelum ini agak berkurangan dan batuk-batuk pun telah hilang.  Darah tinggi juga bacaannya adalah terkawal.

Puan Katijah

Mula-mula meminum smartcocoA+ dan jus saya mengalami cirit birit dan muntah-muntah.  Saya tetap teruskan meminumnya dan sekarang sakit-sakit badan tiada dan amat bertenaga melakukan kerja seharian. Umur saya 59 tahun.

Puan Jariah

Saya ibu kepada dua orang anak mendapati sejak meminum jus dan smartcoco A+, tidur lebih nyenyak, lebih bertenaga dan paling ketara ialah kebas-kebas di tapak tangan telah tiada dan saya amat gembira.  Alhamdulilllah.

Puan Rositah

Saya mengambil jus Al-Khaira dan mendapati lebih bertenaga, masalah yang berkaitan dengan perut iaitu sakit pada masa-masa tertentu telah tiada dan perjalanan darah haid saya mula teratur.

Puan Rusyda

Anak saya mengalami satu kemalangan yang mengakibatkan 50% kakinya melecur akibat terbakar. akibat kemalangan ini kakinya mengeluarkan gelembung air bisa dan bernanah. anak saya diarahkan oleh doktor untuk menjalani satu pembedahan membuang nanah. Namun, berkat usaha saya dengan memberi minum Smartcoco A+ dan jus Al-Khaira secara intensif telah menyebabkan keadaan luka anak saya cepat sembuh dan apa yang menakjubkan dia tidak perlu menjalani pembedahan yang dijadualkan memandangkan keadaan nanah sudah kering. Saya juga telah menyapukan jus al-Khaira ini di atas luka yang dialami sebagai salah satu insiatif untuk membantu mempercepatkan penyembuhan.

 

Alhamdulillah usaha saya berjaya, luka anak saya semakin kering, dan anak saya tidak perlu banyak bergantung kepada ubat doktor. walaupun anak mengalami trauma kesakitan, namun dia tenang dan yakin mungkin inilah kesan positif dari minuman smartcoco A+ dan jus al-Khaira.

Puan Rosniza

Saya Nur Hidayah, merupakan pelajar Sek Kebangsaan Jasin, saya adalah pelajar top 2 di sekolah ini, bergiat aktif dalam kokurikulum. pernah ditawarkan ke kolej yayasan saad tetapi tidak melepasi kriteria diperlukan.

 

Bagaimanapun saya tetap tidak putus asa dan mengamalkan Smartcoco A+ sebagai minuman harian untuk membantu saya menerima pelajaran diajar oleh guru dengan sepenuhnya.

 

Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan amalan minuman Smartcoco A+, kecemerlangan saya terus digilap, saya dianugerahkan tokoh pelajar di sekolah agama kerana berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan dan di sekolah harian saya mendapat keputusan UPSR 5A.

 

Kecemerlangan ini dibantu dengan minuman berkhasiat Smartcoco A+ yang terbukti berkesan mencerdaskan minda. Kini saya lebih bersedia untuk mengekalkan kecemerlangan saya di tingkatan 1.

Nor Hidayah, Jasin

Kini anda boleh membuat tempahan secara online

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dengan keizinannya anak saya berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2009 dengan mendapat 5A. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah saya memberikan anak saya minum smart coco A+ setelah mendapat maklumat dari radio IKIM.com. Terus saya dapatkan produk tersebut sebanyak 2 kotak di PKNS Bangi. Alhamdulillah anak saya diberikan produk ini sebulan sebelum menghadapi UPSR dan hasilnya anak saya menyatakan bahawa dia boleh menjawab semua soalan dengan mudah dan senang. Terima kasih sekali lagi.

Puan Nurul Hudaa, Nilai Impian

Anak saya yang ketiga darjah lima pada mulanya pelajaran merosot dan dia terasa lesu dan kurang bermaya apabila balik dari sekolah keletihan kekuangan tenaga untuk belajar tapi selepas menggunakan 2 kotak Smart Coco ternyata banyak berbeza ya semangkin cerdas keputusan peperiksaannya meningkat bertambah tekun dan rajin belajar satu peningkatan yang mendadak.

 

Dan anak saya pula yang keempat pula pelajarannya memang baik tetapi ia mengalami gatal-gatal apabila bermain dan juga alahan kepada gigitan nyamuk menjadi merah dan gatal-gatal apabila di garu menjadi merah dan parut hitam setelah mengambil Smart Coco sebanyak 2 kotak ternyata amat berkesan.

 

Saya sekeluarga akan terus mengambil Smart Coco bagi kebaikan pelajaran dan kesihatan kini sekarang mendaftar menjadi pengedar bagi menjana pendapatan tambahan serta membantumegembangkan produk yang baik ini.

En Ngah, Sg Tiram

Anak saya berumur 7 tahun, semasa di sekolah tadika lagi anak saya masih tidak tahu membaca walaupun sudah 2 tahun bersekolah di sana.Saya bertemu dengan Pn Noreisha yang ketika itu datang beraya di rumah, dia memperkenalkan produk Smart Coco A+ kepada saya tanpa berfikir panjang saya membeli 2 kotak Smart Coco A+, tanpa belengah saya beri kepda anak saya dan dia memang sukakan rasanya yang enak, setelah hampir 2 minggu anak saya kelihatan letih, mengantuk dan batuk berkahak tanpa henti, saya jadi hairan lalu saya hubungi Pn Noreisha bertanyakan hal itu, katanya itu adalah simptom-simptom nye. Sampai sekarang anak saya boleh membaca dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya turut memberi Smart Coco A+ kepada anak kedua saya berumur 6 tahun.

Puan Zuraidah, Cheras Baru

Saya telah menggunakan Smart Coco A+ sejak bulan Ogos untuk anak saya menghadapi peperiksaan SPM. Sebelum ini dia selalu mengantuk di dalam kelas dan tidak faham ajaran guru, juga tidak fokus dlm pelajaran. Tapi setelah memgambil Smart Coco A+ ternyata ada perubahan. Masalahnya semakin pulih dan dia lebih yakin untuk menjawab soalan peperiksaan. Begitu juga dgn anak saya yang keempat menghadapi masalah tidak fokus dalam pelajaran myebabkan dia tidak dapat menjawab setiap soalan dgn tepat dan jitu. Saya usahakan dia ke tuisyen untuk tahun 3 ni(2010). ALHAMDULILLAH dia selalu bawa balik hadiah dari tuisyen kerana telah siapkan latihan dan menjawab soalan-soalan dari cikgu. Dan di sekolah dia telah menyiapkan tugas dan mudah dan di minta guru untuk mengajar kawan2 lain. Kami sekeluarga mengamalkannya dan telah mendapatkan kebaikannya, insyaAllah.

Puan Azilah, Kuala Terengganu

Saya mempunyai dua orang anak lelaki yang mempunyai tahap kecedasan minda yg agak lemah sehingga setiap kali peperiksaan sekolah mereka pasti membawa pulang keputusan yang sungguh mengecewakan namun kini semua telah berubah secara drastik, dimana sejak saya menyediakan Smart Coco A+ pada setiap pagi kedua-dua mereka telah memperoleh keputusan peperiksaan yang amat cemerlang dimana ke semua mata pelajaran terbaik dan kedudukan tempat pertama dalam kelas telah diraih oleh mereka. Selain dari itu mereka juga menjadi ringan tulang dan semakin berbudi bahasa.

Puan Norleeza, Wangsa Maju

Alhamdulillah  anak saya yang berumur 5 tahun sudah pandai mengaji dan membaca setelah minum dua kotak Smart Coco A+.

Puan Siti Rumzana, Sekincan

Saya seorang pelajar yang terlalu bergantung pada N**cafe untuk memastikan saya boleh belajar dengan segar di tengah malam. Tetapi setelah mencuba Smart Coco, saya berasa lebih segar serta lebih bertenaga. Saya sangat berterima kasih kepada ibu saya& Smart Coco yang cuba untuk mengubah tabiat minuman kafein saya.

Leena, Universiti Islam Antarabangsa

Salam, kami sekeluarga mengamalkan produk Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira keberkesaannya amat membanggakan, tahniah setelah mencuba saya dan suami sepakat untuk menjadi stokis di negeri sabah.suami saya sebelum ini suka mengadu cepat letih dan berusaha untuk mencari makanan tambahan dan setelah mendengar iklannya di radio IKIM dia pun berusaha untuk mencuba. Anak sulung saya lelaki lambat bercakap dan menyebut perkataan susah untuk difahami, apabila mencuba Smart Coco A+ saya yang penat melayan dia bertanya itu dan ini. Anak kedua perempuan aktif umur setahun macam umur 3 tahun, seisi keluarga hairan apa yg dia buat amat advance, dan kulit pun jadi gebu terima kasih.

Puan Jamaliah, Kota Kinabalu

© 2009-2014 SmartCoco.com

Semua hakcipta terpelihara.

Alhamdullillah syukur kepada Allah SWT. Anak saya Nurul Murshidah telah mendapat 5A didalam UPSR 2010. Terima kasih kepada semua insan yang terlibat didalam penghasilan produk SmartCoco ini. Semoga Allah SWT membalas jasa murni tuan/puan sekelian.

En Mohd Kamal, Seri Manjung

Anak saya mengamalkan SmartCoco A+ awal 2010. Selepas 2 kotak penggunaan ada perubahan dari sikapnya, tidak cepat marah, solat tidak perlu disuruh dan rajin mengulangkaji pelajaran. Juga ada peningkatan dalam pelajaran. Paling mengejutkan beliau terpilih sebagai antara pelajar terbaik sekolah. Alhamdllah syukur padaNYA, anak saya mendapat 5A 4B dlm PMR walaupun tidak duduk di asrama.

Puan Rahimah, Sungai Panjang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah mengeluarkan produk SmartCoco A+ ini. Setelah memberi 3 kotak kepada anak saya yg berumur 5 tahun, sudah nampak perubahan. Dia sudah lancar membaca dan rajin mengaji. Yang menariknya tu, dia pula yang memaksa saya untuk mengajar dia mengaji. Tambahan pula, sekarang ini dia dah banyak bercerita sampai penat nak melayan. Walhal dulu, dia agak pendiam. TAHNIAH!! memberi penyelesaian yg tepat.

Puan Inis, Nilai

Saya telah menyertai dan menjadi stokis di di kawasan Tiram, Johor Bahru sejak 2 tahun yg lepas ternyata mendapat sambutan yg amat mengalakan sekali kerana produknya memang tiada tandingan amat berkesan untuk system imun kita. Setiap kali pelanggan membeli produk Smartcoco A+ pastinya mendapat maklum balas yg positif kerana kesanya ternyata berbaloi-baloi. Testimoni dari pengguna

 

1. SmartCoco A+ boleh meningkatkan sistem imun kita menjadi cergas dan cerdas unt otak kita terutama kanak-kanak sekolah menjadi rajin belajar tidak terasa letih dan lesu apa yang dialami oleh anak-anak saya. Anak yg pertama semasa di Politeknik (Jurusan Senibina) telah berjaya mendapat diploma yg cermerlang, anak kedua mengambil Degree Arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengamalkan minuman Smartcoco A+ ternyata tidak mengalami keletihan di sepanjang pembelajaran beliau setiap hari.

 

2.Bagi makluman semua saya sendiri bekerja di Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai designer mengambil Smartcoco A+ setiap pagi sebagai minuman awal pagi sebelum 6.30 pagi gerak ke tempat bertugas ternyata dapat meningkatkan tahap kecerdasan mental dan cergas fizikal kerana saya sehingga malam hari bekerja untuk kerja-kerja design

 

3.Sejak mendapat liputan menyeluruh di Radio IKIM Malaysia setiap minggu telah mendapat perhatian dari kawan dan rakan sekerja membuat tempahan produk tersebut lebih-lebih lagi di Majlis Bandaraya Johor Bahru dan sekitar Bandar Tiram Johor Bahru memang ternyata memberi kesan yg amat baik sekali. Dengan liputan yang sangat meluas di Radio IKIM Malaysia sehingga lebih 100 negara di dunia ternyata memberi peluang rangkaian niaga dan menambah pendapatan yg mudah sekali kerana saya setiap masa dihubungi pelanggan yg memerlukan produk yg tiada tandingan keberkesananya dan ternyata amat menyeronokan dpt berjumpa pelanggan dan testimoni-testimoni baru dari pelanggan memang amat-amat menyeronokan sekali.

 

En Ngah Seron, Tiram

Anak perempuan saya yang beumur 15 tahun selalu mengalami sakit kepala, ia amat ketara apabila kurang tidur dan masa datang haid. Alhamdulillah, selepas mengamalkan minum jus-Al-Khaira dan Smart Coco A+, 2 sachet sehari utk 2 minggu pertama,masalah tersebut mula kurang dan sekarang sudah tidak sakit dan pening lagi. Semangat untuk belajar pun lebih ketara,terima kasih kepada smart coco A plus. Kami sekeluarga akan terus menggunakanya.

Puan Ropiah, Kuantan

Saya mempunyai 2 orang anak yang mangambil peperiksaan UPSR dan PMR. Alhamdullilah kedua-duanya menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan, dengan UPSR 5A dan PMR 8A. Saya memberi anak saya minum SmartCoco A+ sejak awal tahun lagi. Walaupun anak saya sibuk terlibat dengan pertandingan bola jaring dan bola baling mewakili sekolah peringkat negeri namun keputusan UPSRnya amat membanggakan saya. Begitu juga anak saya yang berada di tingkatan 3. Asalnya dia hanyalah murid dalam golongan sederhana sahaja. Setelah minum SmartCoco A+, anak saya menunjukkan peningkatan yang ketara, rajin dan tekun dalam pembelajaran.

 

Puan Rosna, Jasin

Assalamualaikum wrb. wbt, saya Puan Ani. Saya mempunyai lima orang anak. Anak-anak saya memang mengamalkan pemakanan SmartCoco A+ sejak 2009 lagi. Saya mendapat tahu banyak khasiat yang tersirat di sebalik SmartCoco A+ menerusi Radio IKIM, kerana saya memang peminat setia Radio IKIM. Anak pertama dan kedua saya telahpun bekerja dan tiga orang lagi masih bersekolah (termasuk dua orang tinggal di asrama). Setiap hari saya menyediakan minuman SmartCoco A+ kepada mereka sebagai minuman rutin harian menggantikan minuman lain. Manakala untuk dua orang anak saya (anak ketiga dan keempat) dibekalkan dengan SmartCoco A+ bagi kegunaannya semasa di asrama sebagai usaha dan ikhtiar kami demi kejayaan mereka bagi menghadapi peperiksaan SPM dan PMR. Alhamdulillah saya amat berpuas hati dengan apa yang saya belanjakan, di mana anak pertama dan kedua saya yang bekerja kini tidak lagi berasa letih dan lesu setiap kali pulang kerja. Sebaliknya mereka kelihatan sentiasa segar dan cergas sepanjang hari.Saya berasa amat gembira dengan berita mengejutkan, di mana anak ketiga saya telah mendapat keputusan 10A, 1B dalam peperiksaan SPM 2010 yang lalu dan kini telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Undang-Undang Syariah di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). Manakala anak keempat saya telah mendapat keputusan cemerlang 9A+ dalam PMR 2011 yang telah diumumkan baru-baru ini. Saya juga turut berbangga kerana anak bongsu saya yang baru di tahun dua (2) telah lulus cemerlang dalam peperiksaan akhir Sekolah Rendah Agama KAFA dengan mendapat pangkat A dalam kesemua 11 mata pelajaran. Di samping kejayaan mereka dalam pelajaran, mereka turut menunjukkan sikap rajin dan akhlak yang baik serta tidak pernah meninggalkan solat-solat sunat di waktu malam. Terima kasih kepada pengusaha dan pengasas produk smartcoco A+ kerana telah membantu kejayaan anak-anak saya. Wassalam.

 

Puan Ani, Cheras

Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah berkat doa ibu bapa, usahanya dan amalan minuman SmartCoco A+ sebagai minuman harian, anak saya Berjaya mendapat 9A straight SPM 2010.

Puan Zaleha, Kluang

Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdullilah. Syukur kurniaan Allah S.W.T yang tiada sempadannya.Terima kasih Fortune Resouses, dengan izin-Nya saya Muhammad Zamir bin Ghazali berjaya peroleh 10 A dalam SPM 2011 lalu. Beristiqamah dengan Smartcoco A+ dapat menjana minda saya. Hanya 4 A dalam percubaan SPM, saya terus berusaha tanpa strees dengan mengamalkan minum Smartcoco A+ yang mengandungi bahan-bahan focus minda seperti kismis, madu, tamar dan Ginkgo Biloba . Saya tidak berapa suka bersarapan pagi tetapi dengan adanya Malt dapat memberikan kekenyangan. Maka, diharapkan yang lain terus minum Smartcoco A+ untuk ketajaman minda dengan izin Allah S.W.T jua. Berdoa, berusaha akhirnya bertawakal KEPADA ALLAH S.W.T itulah resepi kejayaan

 

Mohamad Zamir Ghazali, MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka

Syukur Alhamdulillah anak saya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2011 iaitu 6A+ dan 3A.Dia mula menggunakan Smart Coco A+ sejak bulan Febuari 2011.Keputusannya mula meningkat secara mendadak dan bertambah memberangsangkan apabila dia dari mulanya hanya mendapat 1A+ kepada 6A+.Alhamdulillah, dia sekarang sedang menunggu tawaran dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dalam dan luar negara.

 

Mohamad Azim Che Min, SM Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Alhamdulillah dan syabas diucapkan pada Fortune Resources kerana telah menghasilkan produk berkualiti tinggi Smart Coco A+. Saya mengambil minuman Smart Coco A+ pada setiap pagi sebagai sarapan dengan harapan minuman ini mampu memberi kecergasan pada minda dan fizikal saya. Ternyata Smart Coco A+ tidak mengecewakan kerana sejak mengamalkan Smart Coco A+, saya rasa lebih cergas terutama sekali dari sudut mental dan fizikal. Pepatah arab mengatakan akal yang cerdas ada pada badan yang cergas. Alhamdulillah selepas mengamalkan Smart Coco A+ prestasi saya dalam pelajaran juga semakin meningkat sehingga ada rakan-rakan saya yang bertanya apa rahsia disebalik kecemerlangan saya dalam akademik disamping sentiasa cergas dan bersemangat semasa guru sedang mengajar. Kehidupan sebagai pelajar sememangnya sanagat sibuk hinggakan kadangkala tidak sempat untuk mengambil sarapan. Namun sejak menjadikan Smart Coco A+ sebagai pilihan utama,saya tidak perlu risau lagi kerana minuman yang cukup berkhasiat ini mampu memberi kecergasan sepanjang hari disamping rasanya yang enak. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memperoleh 11A dalam peperiksaan SPM 2011. Pada para ibu yang berhasrat untuk menjadikan minuman berkhasiat ini sebagai menu utama sarapan anak-anak anda sememangnya anda telah melakukan pilihan yang tepat dan bijak demi memastikan kecergasan dan kemerlangan anak-anak anda. Minumlah Smart Coco A+!

 

Nur Hazirah Mohammad Aziz, SMK Agama Maahad, Muar

Saya sekeluarga telah menggunakan produk SMARTCOCO A+ sejak anak-anak saya sekolah rendah lagi. Mereka amat menyukai produk ini kerana rasanya yang sedap lagi berkhasiat. Anak saya yang belajar di Politeknik, Mohamad Zabidi Lokeman memberitahu saya produk ini membantunya belajar setiap hari. Dia sudah tidak mengantuk dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kini, walaupun sudah bekerja, dia masih mengamalkan minum SMARTCOCO A+ kerana ia membantunya fokus di tempat kerja pula. Seorang lagi anak saya, Mohamad Aflah Lokeman pula merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A+ dalam SPM baru-baru ini, saya amat berbangga dengannya. Sewaktu bersekolah dahulu, saya memastikan dia mengambil SMARTCOCO A+ walaupun tinggal di asrama ketika di sekolah menengah. Dia mengakui SMARTCOCO A+ membantunya fokus di dalam kelas dan mengelakkannya dari berasa lesu berbanding rakan-rakannya yang lain.

 

Pn Dariah Jaffar

Alhamdulilah, anak-anak saya selepas maka Smartcoco A+ secara intensif mulai dari awal tahun 2012 sangat bagus akademik anak-anak daqn saya suami isteri sedang buat PhD juga rasa ada daya inngatan yang luar biasa dan juga berketrampilan, berani dan aktif. Saya rasa dah tiba masa syarikat buat promosi besar-besaran supaya semua ada kesedaran untuk guna produk ini untuk gantikan produk-produk minuman cokelat yang lain.

 

Pn Huda, Nilai

Saya Maharani daripada Kelantan. Anak-anak saya telah menggunakan produk Fortune Resources sejak tiga tahun dahulu, iaitu semasa anak saya belajar di tingkatan 3 dan satu lagi di darjah 4. Kedua-duanya pada tahun 2011 telah mengambil peperiksaan SPM dan UPSR. Semenjak mengamalkan produk Smartcoco A+ dan Smart Sweet A+, keputusan peperiksaan anak-anak saya semangkin meningkat. Dimana keputusan SPM yang telah diumumkan pada bulan Mac lalu anak saya telah mendapat keputusan 9A. Bagitu juga anak saya yang mengambil peperiksaan UPSR, beliau telah mendapat keputusan 5A, dimana sekarang beliau sedang menuntut di MRSM. Terima kasih kepada Fortune Resourcers. Kami akan terus menggunakan produk Fortune Resources. Produk ini saya perolehi daripada pengedar FAUZIAH di Ketereh. Kejayaan memang sebenarnya daripada Allah SWT, tapi Allah SWT menyuruh kita berusaha untuk mendapat kejayaan. Berkat usaha yang diberi kepada anak-anak saya dan pemakanan tambahan, saya bersyukur kepadaNya tentang apa yang diperolehi.

 

Khairul Hariz Maharani,

SM Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu

Saya Nabilah Binti Ismail, pelajar di Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bharu telah mengunakan produk keluaran Fortune Resources ini iaitu Smartcoco A+ sejak tingkatan satu lagi.

Pemilihan penggunaan produk ini sebagai minuman berkhasiat yang juga boleh dijadikan “supplement” harian, ternyata amat berbaloi, kerana minuman ini, dapat membekalkan tenaga untuk belajar walaupun tempoh masa persekolahan selama 6 jam yang ada di isi dengan komitmen saya sebagai pengawas sekolah telah habis digunakan hal ini kerana ketika di tingkatan 5, kelas tambahan kerap diadakan yang kadang kala tamat pada jam 5 petang. Dalam jangka masa ini, minda kita pasti letih begitu juga tubuh kita, namum minuman berkhasiat ini mampu mengekalkan tenaga saya pada tahap maksimum.

 

Produk ini juga membolehkan saya untuk terus mengulangkaji pelajaran pada waktu malam tanpa rasa terlalu letih dan mengantuk. Pada waktu pagi sebelum ke sekolah malah sewkatu peperiksaan SPM juga minuman ini dijadikan salah satu menu sarapan saya kerana dengan minumannya minda akan berasa tenang dan fokus terhadap apa sahaja yang dilakukan seperti menjawab soalan-soalan peperiksaan.

 

Nabilah Ismail, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru

Saya merasa amat berbesar hati dan teruja untuk memberitahu akan khasiat minuman smart coco A+ yang saya Puan Salmiah binti Ahmad berikan kepada anak-anak saya dan setakat ini alhamdulillah terbukti membawa perubahan yang besar dari segi minda dan pembelajaran mereka dan baru-baru ini anak saya yang menduduki SPM 2011 telah berjaya mendapat 9A seperti lampiran yang disertakan. Saya juga amat berterimakasih kepada stokist kawasan saya iaitu Puan Norizan Kg.Bukit Mentok Kemaman yang telah memperkenalkan produk smart coco A+ ini kepada saya. Anak saya juga ada memberitahu tentang perubahan yang berlaku pada situasi diri beliau yakni setelah 2 ke 3 bulan mengamalkan minuman smart coco, rasa mengantuk dan letih menjadi berkurangan yang sebelumnya beliau sentiasa saja merasa lesu dan kuat tidur. Dari segi pelajaran beliau dapat menerima dengan baik tanpa rasa bosan dan mengantuk walaupun pada bulan puasa. Untuk itu sebagai seorang ibu saya syorkan ibu-ibu di luar sana berilah anak-anak anda minuman tambahan yang amat berkhasiat iaitu smart coco dan anda pasti teruja dengan perubahan pada anak anda nantinya.

 

Wan Nor Syariatul Shakira Wan Abdullah, SMK Chukai, Kemaman

Assalamualaikum. saya seorang calon spm 2011 di sebuah sekolah berasrama penuh. walaupun sibuk dengan aktiviti sekolah dan kelas tambahan yang padat, saya masih berasa segar dan dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas. saya mengamalkan smartcocoA+ sebagai minuman semasa ulangkaji pelajaran dan sebagai bekal ke kelas persediaan malam.stok sachet smartcocoA+ tidak pernah kering kerana umi saya sentiasa membekalkn smartcocoA+ yang dibelinya di pasaraya giant, kuala terengganu sebelum pulang ke asrama. hasilnya alhamdulillah, saya mendapat keputusan 11A dalam spm2011.

 

Muhammad Rusydan Taqwa Harun,

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor

Sebelum : Saya sering tidur didalam kelas, ia menyebabkan fokus saya didalam kelas hilang, kadang-kadang saya tiada semangat untuk kesekolah.

 

Selepas : Selepas mencuba beberapa peket Smartcoco A+, saya semakin bersemangat untuk kesekolah dan semakin fokus didalam kelas, saya juga menjadi kutang mengantok. Selain keberkatan usaha dan doa saya kepada Allah SWT, Smartcoco A+ telah membantu saya dalam mencapai kejayaan salam SPM, Alhamdulilah.

 

Nurul Husna Muhammad Abduh,

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor