Smart Coco A+

Projek Anak Angkat Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira di Rumah Anak Yatim Ummu Sopiah, Trong, Taiping, Perak dan di Rumah Anak Kesayangan, Sg Ara, Pulau Pinang.

Untuk Projek ini, seramai hampir 60 orang anak-anak yang kurang bernasib baik dari umur 5-18 tahun yang berada di 2 rumah yang tersebut di atas telah di taja dan insyaallah akan terus di taja setiap bulan melibatkan hampir 250 Kotak Smart Coco A+ dan 20 kotak Jus Al-Khaira. Ini adalah mungkin dilakukan dari belian pengguna2 produk ini.. Kami berharap lebih ramai lagi anak-anak dari rumah-rumah sebegini dari seluruh Malaysia dapat dibantu dan di taja oleh individu-individu, syarikat-syarikat, & syarikat korporat melalui Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira.

Pihak Syarikat Fortune Resources sangat berharap, walaupun anak-anak yatim atau kurang bernasib baik, tiada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali atau dari keluarga miskin ini, masih dapat fokus dan mementingkan pelajaran sebagai agenda utama dalam kehidupan dan masa depan mereka. Semoga mereka menjadi orang-orang yang berguna & juga berjaya dalam hidup, keluarga mereka, agama, bangsa, dan negara yang tercinta ini.

Kini anda boleh membuat tempahan secara online

2009-2014 SmartCoco.com

Semua hakcipta terpelihara.